Menyimpan perasaan dalam diam bukanlah mudah. Tak semua akan dapat rasa perasaan dia. Ramai yang beruntung di atas muka bumi ini keran cinta mereka bukanlah bertepuk sebelah tangan. Dua tahun menyimpan perasaan ini. Aku cuba untuk melupakan dia. Tapi setiap kali aku lupakan dia, dia datang tanpa diduga. Pelbagai Cara dia muncul.

Mungkin ramai diantara kita pernah rasa apa yang saya rasa. Tapi saya yakin anda semua mesti dah bahagia jumpa pasangan masing- masing. Jujur saya cakap, saya tidak pernah bercinta. Mungkin dulu zaman budak-budak pernah lah cinta monyet ni tapi baru nak bercinta dah kena marah dengan mak. Jadi bila dah besar dah meningkat usia ni saya cuba untuk bercinta tetapi malangnya saya ni insan biasa yang tidak mampu untuk memaksa hati manusia untuk menyukai saya.

Semasa zaman universiti, ada seorang lelaki ni baik sangat, saya tak suka dia pun. Tapi saya nampak effort dia nak dekat saya. Baik oranya ada rupa pula tu. Saya cuba menolak sebab apa, sebab saya tak nak tipu diri saya. Bukan dia yang saya tunggu selama ini. Ramai yang marahkan saya, Ramai yang bagi nasihat sebab memang nampak sangat dia baik. Ok saya cakp saya cuba. Makin lama makin saya dapat terima dia. Dia akan ingatkan saya tentang solat, aurat, dosa. Dan yang paling saya suka tentang dia, dia akan tegur jika saya buat benda tak elok dengan sopan.

Hari demi hari berlalu. Sikapnya makin pelik sampailah satu hari saya dapat chat dari nombor yang saya tak kenal. Marah sungguh isi dalam chat itu, seumpama saya yang salah. Saya cuba tnya perkara yang sebenar apa yang berlaku. Perempuan itu kata saya cuba rampas hak dia sebab saya yang selalu call dan chat dekat lelaki yang baik kononya tu. Ok fine saya malas untuk bergaduh dengan urusan yang remeh ni, saya cuma cakap' " dik, kalau awak nak awak ambiklah, akak sikit pon tak heran". Sebab memang dari awal lagi saya dah cakp saya terima dia sebab saya kesian dengan dia, saya nampak effort dia nak dekat saya. tapi bila dah jadi macam ni pon saya sikit tak kisah.

Saya cuba beriak tenang, saya tanya lelaki tu apa yang jadi sebenarnya. Ya, memang dia dah tipu saya hidup -hidup. Allah waktu itu, saya rasakan hidup saya gelap sekejap. Sebab waktu itu saya sudah mula sayang dekat dia. Saya ambil keputusan untuk blok number dia. Saya tak nak dengar pembohongan dia lagi. Ya, selama 3 bulan kami kenal, rupa- rupanya dia layan saya sebab dia nak jelouskan girlfriend dia. Setiap gambar kami yang dia upload dia akan hide dari semua orang termasuklah saya kecuali sorang saja yang boleh tengok iaitu girlfriend dia.

Memang pada mulanya saya tak kisah dia nak tipu saya, Tapi saya kecewa kenapa dia buat saya macam tu. Apa yang saya dah buat dekat dia. Apa yng Sebenarnya salah saya. Tergamaknya dia buat saya macam tu.

Lepas dari kejadian tu, sampai sekarang saya masih tak percayakan lelaki. Bagi saya semua lelaki sama, hanya mengambil kesempatan dalam kesempitan. Tapi dalam hati saya mengharapkan lelaki yang saya tunggu selama ini. Dua tahun saya tunggu dia. Ya mungkin salah saya sebab saya tak tunjukan yang saya minat dia. Tapi cuba kita fikir balik, seorang perempuan tinggi maruahnya. Malu saya untuk keluarkan kata- kata itu. Setiap hari saya berdoa untuk allah buka hati dia dan nampak saya. Sebab itu saja yang saya mampu. Saya tak boleh nak buat lebih dari itu. Saya kena jaga hati ramai pihak. Tapi seandainya telah tertulis di atas yang dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk saya. Saya terima denga redo.

Ulasan

Catatan Popular