KEHIDUPAN SEORANG PESAKIT KANSER TAHAP 4

Kadang aku pernah terfikir susahnya nak jadi apa yang kita ingin kan dan susahnya nak bahagia semua orang. Hidup ini penuh dengan liku yang kadang kita salah masuk dari salah satu liku itu. Aku dibesarkan dari keluarga yang sederhana. Dari kecil aku diberi kasih sayang secukupnya oleh keluarga aku. Walaupun kami tidak diberi kemewahan wang ringgit tapi kelurga kami kaya dengan kasih sayang. Pada umurku 3 tahun ayah aku kemalangan dengan orang mabuk. Lepas kejadian itu hidup kmi berubah 360 darjah. Mak mula cari kerja kutip buah sawit , balik dari kerja mak buat ais krim meniaga dekat rumah, malam pula mak goreng kerepek sebab nak bagi kakak bawa jual dekat sekolah.  Setiap pagi kak imah akan bawa aku naik basikal pergi hanta rumah pengasuh. ayah tak dapat jaga aku sebab dia pon tak boleh bangun. Menu harian kami ialah telur goreng dengn sayur kubis. Kakak aku setiap hari asma sebab makan sayur kubis. Raya kami hanya pakai baju biasa. Tpi sebab sayannya mak kepada kami dia sanggup gadai gelang kesayangan dia dan pergi beli baju anak-anak.
    
     Kakak sulong aku terpaksa berhenti belajar sebab nak bantu kami sekeluarga. Dia balik dan jaga ayah. Keluarga lain tak nampak dah kami sebab kami dah susah dan dorang ingat kami nak menyusahkan mereka. Bila ayah semakin sihat keluarga aku mula kembali kepada biasa, Tapi aku pula yang sakit , setiap minggu mak akan bawa aku naik bas pegi klinik sebab aku kena ambik ubat semput. Kadang- kadang malam pun mak terpaksa sewa kereta untuk bawa aku pegi klinik dekat pekan sebab aku semput. 

    Bila aku masuk tahun 6 keputusan upsr aku taklah bagus sngat. aku mula menyesal sebab aku tak berusaha. Masuk tingkatan Satu aku mula berubah selalu baca buku dan buat nota. Bila aku umur 15 tahun mak aku kerap demam dan batuk. Kak ita balik dan bawa mak pegi check dekat klinik tapi its take along time to get the result. Mulanya mak aku disahkan kena tb, Setiap hari mak terpaksa makan ubat yang banyak sampai muntah-muntah. Lepas habis ubat mak kena cucuk pula. Kaki dia macam nak hancur sebab hari-hari kena cucuk. Sebulan lepas tu mak pehi hospital balik dan doctor panggil semua anak-anak masuk. Dan hari itu juga mak disahkan kena kanser stage 2B, Mak mula menangis dan tak lalu makan. kakak-kakak terpaksa kerja jadi akulah yang akan jaga mak . setiap hari aku akan balik waktu rehat sebab nak beli lauk bagi mak makan, aku juga lah yang mandikan mak.  Mak dikerjakan ke hospital sebab muntah teruk, doktor terpaksa masuhkan camera dalm badan mak. 

    Pada hari itu jugalah mak disahkan kena kanser stage 4.Doktor siap cakp mak hanya ada tempuh 3 bulan dan doktor suruh anak-anak bagi je apa yang mak nak. kami adik beradik sebuk search google cari ubat yang sesuai untuk mak dan makanan apa yang mak patut makan. Mak kurus sangat waktu tu, Berat dia dari 90 turun ke 48. Bayangkan macam mana aku nak belajar dengan hari kena marah dengan cikgu sebab tak siap kerja. setiap hari ada yang datang ke rumah sebab nak melawat mak, tapi ada yang menjatuhkan semanangat mak dan ada yang memberi semngat. Kami sepakat nak buat yassin untuk mak. Orang tak tahu apa yang aku rasa, sebab orang ingat eh kirah boleh pergi sekolah walhal mak dia sakit. Habis aku tak sekolah aku bodoh kau nak bagi otak kau dekat aku ke. 

    Berkat doa dan ubat yang mak makan, mak semakin pulih. bila aku dapat keputusan pmr mak aku gembira sangat sebab aku dapat keputusan yang sangat bagus. Hari demi hari mak semakin sihat tapi mak tak gemuk macam dulu lagi. Bila kak imah kawin dia dapat anak lelaki syafiq mikhail, mak ayah gembira sngat sebab kami semua perempuan jadi syafiq lelaki. 

    Bila mak pergi hospital untuk check balik kanser doctor  pon terkejut sebab berat mak naik. Tulah dulu siap cakap mak boleh hidup 3 bulan jer tapi sekarang tahun ke enam mak semakin sihat. Tapi sesihat mana pun mak kami masih tiak mengabaikan tanggungjawab kami  untuk jaga mak .

10/2/2019
Hari ini mak ayah gembira sangat, sebab aku bawa naik kereta api laju dari slim river pergi KL. tapi keadaan mak sangat pelik sebab mak batuk tak berenti. Aku mula risau penyakitnya datang balik. Bertambah risau sebab aku kena balik terengganu esok. Walaupun mak duduk di rumah kak imah tapi hati anak mana yang tak risau kalau mak ayah sakit.  Ayah seronok sangat sebab dah lama ayah tak naik kereta api laju ( ets) .

Semoga allah menjaga ibu dan ayah ku sementara aku sedang berjihad mengejar ilmu dunia.

12/2//2019

Kami digemparkan dengan mak batuk berdarah buat pertama kalinya. Aku yang baru saja balik ke umt dua hari lalu terpaksa pulang juga ke kampung kerana keadaan mak yang sngat terok. Darah keluar tidak berenti dari mulut mak. Apabila dibawa ke hospital , doctor hanya suruh kami bawa mak balik ke rmah sebab pihak hospital tidak tahu nak bagi ubat apa dekat mak. Aku ambik cuti seminggu, aku terpaksa ponteng kelas sebab aku kena jaga mak aku. Baynagkan waktu itu kelas baru ja mula sebab baru naik sem baru.

Keadaan mak semakin lama semakin terok sehingga lah darah mula keluar ikot hidung dan telinga. Aku semakin buntu. UMT terlalu jauh dengan rumah aku jadi aku membuat keputusan untuk tukar university. Dengan berkat doa tidak putus-putus, mak semakin pulih. Darah sudah pon berenti. Tetapi mak terpaksa pergi ke hospital ipoh untuk proses motivasi yang dikhaskan untuk penghidap kanser tahap akhir terus bertahan.

Alhamdullilah mak semakin lama semakin pulih.


16/6/2019

Hari ini aku digemparkan dengan mak aku sakit lagi. Kakak dan abang aku sudah pon ada dikampung.. Malangnya aku tak boleh balik kampung sebab aku tengh final exam. Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku. Ya mungkin aku anak yang kuat melawan tapi percayalah aku sayang sangat keluarga kecil aku ini. Mak terlalu kuat waktu raya hari tu. semua kerja semua dia nak buat. Doktor telah memaklumkan kepada kami yang mak tak boleh buat kerja kuat tapi mak seorang yang degil. Mak tak boleh tengok habuk langsung dalam rumah dia. Disebabkan buat kerja keras waktu hari raya dan sekarang mak telantar menahan saki. 28/6/2019 aku baru pulang ke kampung kerana pada hari itu aku baru habis fibal.

Semoga allah mendengar doa aku untuk mengembalikan kesihatan ibuku seperti dulu.


Ulasan

Catatan Popular